Teks Animasi

Majlis Keraian Anda, Amanah Kami, Tanggungjawab Kami, Kepuasan Anda

Meja Pengarah

Melihat kejayaan USG Catering, maka terdetik di dalam fikiran kita untuk mengetahui siapakah mereka-mereka yang hebat ini sehingga mampu meneraju syarikat ke kemuncak kejayaan. USG Catering diterajui oleh empat orang sahabat baik di mana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Segala biodata hidup mereka yang hebat ini akan dinukilkan pada coretan seterusnya.





KETUA PENGARAH SYARIKAT
Muhamad Yusuf Bin Mokhdir

Lahir pada tahun 1991 dan diberi nama sebagai Muhamad Yusuf bin Mokhdir oleh kedua ibu bapanya. Anak yang bertuah ini mendapat pendidikan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam bidang accounting. Setelah selesai menamatkan pengajian di pusat pengajian tersebut, beliau menyambung pula pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada peringkat awal, beliau telah mempelajari selok belok hal berkaitan pengurusan katering di salah sebuah syarikat katering yang terkenal  di Daerah Hulu Langat. Dengan berbekalkan 3 tahun pengalaman di sana, maka beliau membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat katering sendiri serta dibantu oleh pengarah-pengarah yang lain. Seorang yang sederhana di dalam perwatakan dan penampilan, bersifat tenang serta mempunyai pegangan prinsip yang kuat dalam menyuarakan sesuatu pendapat.







PENGARAH DOMESTIK DAN SUMBER MANUSIA
Muhamad Nabihan bin Borhan

Memulakan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai Melaka. Setelah menamatkan pengajian di peringkat SPM, beliau menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis dalam bidang accounting. Setelah itu, beliau meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Business Administration di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Pernah mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang SPM. Mempunyai cita-cita yang tinggi serta pendirian yang kukuh di dalam setiap aspek tindakan. Seorang yang penyayang dan berkebolehan di dalam menguruskan hal berkaitan kemasyarakatan.





PENGARAH URUSAN KEWANGAN DAN ASET
Muhamad Ashraf Faiz Bin Muhd Nahrawi

Nama diberi Muhamad Ashraf Faiz bin Muhd Nahrawi. Mendapat pendidikan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Seterusnya menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Seorang yang rajin berusaha dalam apa jua tugas kerja yang diberikan. 




PENGARAH PEMASARAN DAN STRATEGI
Muhamad Firdaus Putra Bin Abdullah


Menerima pendidikan awal di Sek Men Agama Fauzi Kedah dan meneruskan pengajian pada peringkat STPM di Sek Men Agama Persekutuan Labu Negeri Sembilan. Beliau kemudian menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah Muamalat dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bergiat aktif dalam aktiviti yang melibatkan model-model kewangan islam dan menjadi salah seorang perunding kewangan di salah sebuah syarikat di Malaysia. Berjaya memperolehi Anugerah Pelajar Terbaik SPM, Anugerah Pelajar Terbaik STPM, Tokoh Pelajar Lelaki Terbaik dan Tokoh Maal Hijrah di peringkat sekolah. Mempunyai matlamat yang jelas dalam mengejar impian dan cita-cita dalam hidup.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan